Pray For MH370

Pray For MH370

ANAK SELANGOR MASUK UNIVERSITI DAPAT RM1000/=

Insya Allah satu lagi janji PRU 12 PR akan ditunaikan di Selangor iaitu insentif RM1000/= akan diberi secara otomatis kepada setiap pelajar kelahiran Selangor yang berjaya ke menara gading di sesi pengajian 2008 ini. Ini tidak termasuk pelajar matrikulasi. Dianggarkan kira-kira RM20 juta akan dibelanjakan untuk tujuan ini. Cara dan mekanisme pemberian insentif ini sedang dikaji.

Antara lain, insentif ini menunjukkan kerajaan PR sensitif pada anak watan Selangor yang mendaftar di IPTA/IPTS buat pertama kali dalam membuat pelbagai jenis pembayaran ketika hari pertama pendaftaran. Juga insentif bertujuan mengalakkan anak Selangor lebih ramai lagi mendapat pendidikan akademik di peringkat IPT.

Comments :

4 comments to “ANAK SELANGOR MASUK UNIVERSITI DAPAT RM1000/=”
Anonymous said...
on 

Assalamualaikum.

AlhamdulilLah, harapnya dengan bantuan sedemikian kepada pelajar, dapat membantu sedikit sebanyak pelajar-pelajar IPTA baru mendapat tawaran, lebih2 lagi dengan kemelut ekonomi dan kenaikkan harga barangan pastinya bantuan ini akan memudahkan ibu-bapa dalam melancarkan proses pendaftaran anak2 mereka.

Saya sebagai anak Selangor, yang baru menamatkan pengajian IPTA dengan bantuan Yayasan Selangor berharap agar bantuan ini dapat menyelesaikan banyak masalah kerana selalunya bantuan pendidikan biasanya mengambil masa agak lama untuk diterima oleh penuntut(hampir 1 tahun untuk saya).

Unknown said...
on 

Tahniah atas kejayaan dan terima kasih di atas sokongan.

sophie said...
on 

Assalamu'alaikum,

Thank you Dr Halimah - kerana berusaha menunaikan janji pilihanraya anda. Ini merupakan perkara yang sangat positif pada kaca mata saya.

Saya ada beberapa cadangan berkenaan perlaksanaan elaun ini;
1) Harap prioriti dapat diberi kepada pelajar2 yang mengambil jurusan2 kritikal seperti perubatan dan architecture. Jurusan2 ini memerlukan rujukan buku2 yang rata2 berharga RM100 dan ke atas, dan memerlukan bayaran perkakas yang mahal. Memang di IPTA pelajar perubatan dan arkitek yang selalunya "pokai", berbanding dengan jurusan lain yang kurang 'demanding'. (*YB sebagai seorang doktor tentu amat memahami..hehe)

2) Ada baiknya juga YB memberi sumbangan/tajaan untuk pembelian buku2 kepada perpustakaan2 di universiti - bagi buku2 teks kegunaan ramai. Saya faham ini dibawah bidang kerajaan persekutuan, tetapi kalau boleh dirunding, pastinya ramai pelajar akan mendapat manfaat

3) Harap Dr Halimah dapat beri keutamaan kepada pelajar miskin dan pelajar luar bandar dahulu - sebelum menuju setapak lagi menganugerahkan elaun ini kepada seluruh pelajar2 di Selangor. Di Selangor banyak yang datang daripada keluarga berada, dan tidak memerlukan bantuan ini. Takut dibazirkan sahaja duit rakyat ini.

4) Mungkin ada baiknya juga jika Dr Halimah menawarkan geran penyelidikan/kajian bagi pelajar2 yang menjalankan thesis peringkat sarjana atau pasca kedoktoran/sarjana. Kalau ditinjau di universiti2 awam, banyak yang menyambung peringkat master dan PhD, lulus dengan cemerlang bagi bahagian "taught learning", tetapi bantut dan lenyap tika dalam tahap penyiapan thesis. Banyak halangannya. Geran universiti kecil. Tajuk2 kajian - terutama sekali bidang2 'Art' dan sains sosial - akan dipantau dengan ketat oleh 'pihak atasan'.
Elok juga kalau pihak kerajaan dapat menaja penyelidikan dalam bidang sains sosial. Jangan kita maju dalam bidang sains and teknologi, tetapi pembangunan ilmu manusia amatlah terkebelakang. Ilmu sejarah dan historiografi negara ini amatlah menyedihkan - meski sudah merdeka 50 tahun. Sampai sekarang tiada penyelidikan menyeluruh berkenaan sejarah2 negara zaman lampai, dan politik semasa. Berkenaan sejarah gerakan politik islam di negara ini, hanya thesis Dr Farish Noor yang lengkap mewacanakan evolusi PAS dari merdeka. Itu sahaja. Tiada sarjana lain bergerak kehadapan menghasilkan tulisan2 yang mapan.


Saya percaya Dr Halimah amat memahami. Saya tidak berniat untuk menjadi "demanding" - cuma terpanggil untuk memberikan pandangan saya dengan rendah hati.
Terima kasih kerna sudi mendengar.
(Sorry if i sound preachy! hehe...never good to be preachy to an EXCO!!)

Wassalam

Anonymous said...
on 

salam dr,pagi tadi saya dengar berita yg kerajaan PR hanya beri rm1000 kpd anak yg akan ambil ijazah shj.Betul ke?anak saya akan masuk UITM dan ambil diploma.Ini anak ketiga yg masuk IPTA dan saya juga berdoa agar kami tak perlu ambil pinjaman bagaimana abg dan kakak nya.Tapi kalau kerajaan PR beri sumbanagan rm1000 itu maka ringan lah beban kami.Kami suami isteri cuba utk tidak mahu ambil pinjaman supaya anak2 kami bila bekerja tak payah bayar loan yg cekik darah.Walau pun susah sb kadang2 anak2 tak cukup duit utk beli buku dan budget makan pun sgt kurang.Saya berdoa agar Allah swt mudah kan urusan kerajaan PR supaya dapat memberi RM1000 itu kpd semua anak selangor yg dpt IPTA,insyallah.Saya juga selalu berdoa agar pimpinan kami sentiasa di beri keberkatan dalam memikul amanah yg berat ini.Amin.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com