ATURCARA PROGRAM WACANA INTELEKTUAL WANITA


ATURCARA PROGRAM

8.00 pagi : Pendaftaran peserta

8.30 pagi : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

8.35 pagi : Bacaan Doa

8.40 pagi : Bacaan Ayat Al –Quran

8.50 pagi : Ucapan Aluan Pengarah Program

8.55 pagi : Ucapan Aluan Pengerusi, Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan
Tinggi dan Pembangunan Modal Insan

9.05 pagi : Ucapan Perasmian Program

9.30 pagi : Rehat/ Sarapan pagi

10.00 pagi : Sesi 1: Pembentangan Kertas Kerja 1
(Dr Harlina Haliza Hj Siraj)
"Memahami gerakan sosial wanita di Malaysia"

Pembentangan Kertas Kerja 2
(YB Zuraidah Kamarudin)
"Cabaran dalam memajukan gerakan wanita"

Pembentangan Kertas Kerja 3
(YB Dr Siti Mariah Mahmud)
"Perancangan strategik dalam membina gerakan wanita"

11.30 pagi : Sesi Deskusi

12.45 tgh : Makan tengahari dan Solat Zohor

2.15 ptg : Sesi 2: Pembentangan Kertas Kerja 4
(Y. Bhg Prof Madya Dr Asiah Ali)
"Pembinaan dan pengukuhan gerakan pelbagai generasi"


Pembentangan Kertas Kerja 5
(YB Siti Zailah Mohd Yusof)
"Pengukuran kejayaan gerakan wanita dan halatuju masa depan gerakan wanita"
3.15 ptg : Sesi Deskusi

3.30 ptg : Forum "Mobilisasi Belbagai Sumber Bagi Kepentingan Peningkatan Intelektual Kaum Wanita"

Ahli Penal :
Y Bhg Ustazah Azizah Khatib Mat
Y Bhg Puan Hjh Rohani Datuk Mohad Shahir

4.30 ptg : Resolusi

4.45 ptg : Ucapan Penutup

5.00 ptg : Sidang akhbar, Minum petang /bersurai

Read More “ATURCARA PROGRAM WACANA INTELEKTUAL WANITA”  »»

TN GURU NIK AZIZ MENDAHULUI 8 RAKYAT MALAYSIA TERSENARAI ANTARA 500 MUSLIM PALING BERPENGARUH


Read More “TN GURU NIK AZIZ MENDAHULUI 8 RAKYAT MALAYSIA TERSENARAI ANTARA 500 MUSLIM PALING BERPENGARUH”  »»

KENYATAAN MEDIA PROGRAM WACANA "WANITA INTELEK PEMANGKIN TAMADDUN UNGGUL"

KENYATAAN MEDIA
18 NOVEMBER 2009 (RABU)
WACANA INTELEKTUAL WANITA
“WANITA INTELEK PEMANGKIN TAMADDUN UNGGUL”

Tarikh program : 22 November 2009 (Ahad)
Tempat : Dewan Perpustakaan Ratu Tingkat 3,
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

Wanita Modal Insan Yang Penting Dan Utama

Kerajaan Selangor mengiktiraf wanita sebagai modal insan yang penting dan utama dalam pembangunan Negeri Selangor. Justeru itu, Exco Pembangunan Modal Insan dengan kerjasama Biro Pembangunan Wanita dan Keluarga Yayasan Amal Malaysia dan PPAS mengambil inisiatif dalam menganjurkan satu program wacana yang bertemakan “Wanita Intelek Pemangkin Tamaddun Unggul”. Kajian Harvard Business Council mengakui wanita sebagai penyumbang besar kepada ekonomi negara.

Wanita : pencorak modal insan masa depan

Wanita adalah ibu yang melahirkan dan membentuk modal insan generasi akan datang sebagai pendidik yang pertama dan paling akrab dengan modal insan berkualiti yang mahu dijana oleh Kerajaan Selangor. Ibu perlu dibekalkan dengan ilmu, kemahiran dan keupayaan lengkap. Justeru, wanita perlu digilap daya intelek untuk merancang strategi pembangunan diri dan keluarganya.

Pencapaian wanita terlonjak dek kekuatan gerakan wanita


Wanita sebagi modal insan akan lebih efektif dan efisyen sekiranya gerakan-gerakan wanita kuat, bersatu dan berlandaskan prinsip yang benar. Justeru itu, keupayaan wanita akan terus meningkat sekiranya gerakan wanita memainkan peranan menyokong dan mendokong pimpinan wanita yang menerajui organisasi penting sama ada di dalam Kerajaan, Swasta, NGO mahu pun dalam masyarakat.

Keterlibatan secara langsung wanita dalam menentukan polisi negeri dan negara memerlukan peningkatan daya intelek yang tahap maksima bagi menghasilkan masyarakat cemerlang. Individu, masyarakat dan negeri yang cemerlang yang membudayakan ilmu, bertunjangkan aqidah yang benar dan syahsiyah yang mulia akan melahirkan tamaddun unggul yang mampu melahirkan halatuju Selangor 2025 iaitu Negeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan.

Wacana ini juga adalah salah satu daripada program Jejak Ilmuwan Selangor dalam usaha menjadikan Selangor sebagai Hub Ilmuwan, Hub Pendidikan. Kesedaran wanita intelek sebagai kelompok masyaraklat berpengaruh akan menjadi pemangkin transformasi ke arah masyarakat terbaik.

Di akhir program akan diadakan satu diskusi dan resolusi untuk membantu menggembleng peningkatan intelektual wanita di pelbagai peringkat dan tahap hidup wanita. Sesiapa yang berminat untuk mengikuti program ini boleh menghubungi pejabat Exco Pendidikan, Pendidikan Tinngi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor di 03-55447935/7215.

DR HJH HALIMAH ALI
EXCO PENDIDIKAN, PENDIDIKAN TINGGI DAN
PEMBANGUNAN MODAL INSAN NEGERI SELANGOR
MERANGKAP ADUN SELAT KLANG

Read More “KENYATAAN MEDIA PROGRAM WACANA "WANITA INTELEK PEMANGKIN TAMADDUN UNGGUL"”  »»

KEPUTUSAN UPSR 2009


Pencapaian keseluruhan Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini telah meningkat sebanyak 1 peratus berbanding 2008.
Jurang perbezaan antara pencapaian murid bandar dan luar bandar dalam peperiksaan UPSR 2009 semakin dapat dirapatkan.

Bahasa Tamil telah menunjukkan peningkatan gred A yang tinggi iaitu sebanyak 3.6 peratus dan juga Matematik yang meningkat sebanyak 4.2 peratus

Seramai 817 Pelajar Sekolah Tamil Peroleh 7A Dalam UPSR berbanding 725 pelajar tahun lepas.


Pencapaian UPSR Meningkat, Kata Alimuddin



PUTRAJAYA, 19 Nov (Bernama) -- Pencapaian keseluruhan calon-calon yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun ini mengalami peningkatan berbanding tahun lepas.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata pencapaian keseluruhan Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini telah meningkat sebanyak 1 peratus berbanding 2008.

"Pencapaian keseluruhan nilai Gred Purata Negeri, GPN telah meningkat sebanyak 1 peratus tahun ini. Pencapaian Cemerlang (semua A) telah meningkat kepada 9.51 peratus tahun ini berbanding dengan 9.19 peratus pada tahun lepas dengan jumlah perbezaan sebanyak 0.32 peratus.

"Pencapaian Baik (minimum C) pula meningkat kepada 63.03 peratus berbanding dengan 62.56 peratus dengan perbezaan sebanyak 0.47 peratus. Manakala pencapaian lemah (semua E) telah menurun kepada 0.64 peratus berbanding dengan 0.66 peratus pada tahun lepas dengan perbezaan 0.02 peratus," katanya pada sidang akhbar bagi mengumumkan keputusan UPSR 2009 di sini pada Khamis.

Beliau berkata pencapaian calon-calon luar bandar walaupun masih ketinggalan berbanding dengan pencapaian calon-calon bandar pada keseluruhannya juga semakin baik.

"Pada keseluruhannya, jurang perbezaan antara murid bandar dan luar bandar semakin dapat dirapatkan. Hal ini dapat dilihat daripada penguncupan beza antara bandar dan luar bandar bagi kesemua ukuran pencapaian calon pada tahun ini berbanding tahun lepas," katanya.

Perbezaan jumlah murid cemerlang luar bandar dan bandar pada tahun ini mengalami penguncupan sebanyak 3.64 peratus berbanding dengan 4.22 peratus pada tahun lepas.

Sementara perbezaan pencapaian baik di antara murid bandar dan luar bandar mengalami penguncupan sebanyak 5.55 peratus berbanding dengan 6.25 peratus pada tahun lepas.

Daripada segi mata pelajaran, Bahasa Tamil telah menunjukkan peningkatan gred A yang tinggi iaitu sebanyak 3.6 peratus dan juga Matematik yang meningkat sebanyak 4.2 peratus, katanya.

Pada tahun ini, sebanyak 506, 620 calon menduduki UPSR manakala pada tahun lepas sebanyak 507, 320 calon.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Sulaiman Wak berkata seramai 2,725 daripada 24,826 calon UPSR bagi sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan (SJK) di Kuala Lumpur memperoleh 5A dan 7A.

"Walaupun peratusan kelulusan pada tahun 2009 telah menurun dari 66.94 peratus kepada 66.89 peratus tetapi peratus lulus semua A telah meningkat kepada 10.98 peratus berbanding tahun 2008 sebanyak 10.90 peratus," katanya kepada pemberita ketika mengumumkan keputusan UPSR bagi Kuala Lumpur.

Beliau berkata 94 calon SK Setiawangsa mendapat semua A dalam semua mata pelajaran yang diambil, SK Bukit Damansara (80) dan SK Taman Tun Dr Ismail Satu (76).

Di TERENGGANU, negeri itu mencatatkan rekod cemerlang sembilan tahun berturut-turut dalam peperiksaan UPSR apabila 3,664 daripada 23,944 calon yang mengambil ujian itu memperoleh semua A.

Pengarah Pelajaran Terengganu Ariffin Embong berkata kejayaan itu mencatat peningkatan 1 peratus berbanding tahun lepas yang mana menjadikan Terengganu mencatatkan pencapaian 15.3 peratus.

Pencapaian GPN juga meningkat kepada 2.22 peratus iaitu mengatasi pencapaian tahun lepas dan peringkat nasional (2.33 peratus), katanya pada sidang media di Pejabat Pelajaran Negeri.

Di KELANTAN, sebanyak 5,259 atau 14.31 peratus daripada 25,369 calon UPSR mendapat 5A dan 7A, iaitu peratus kecemerlangan tertinggi dalam tempoh enam tahun.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Mohd Ghazali Abdul Rahman berkata pencapaian GPN tahun ini ialah 2.25 berbanding 2.32 tahun lepas, iaitu meningkat sebanyak 0.07 peratus dan mengatasi GPN kebangsaan.

"Tiga mata pelajaran menunjukkan peningkatan yang ketara sama ada peratus kelulusan dan kualiti gred pencapaian iaitu Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris di samping Bahasa Cina Kefahaman dan Bahasa Melayu Kefahaman menunjukkan peningkatan," katanya pada sidang media.

Di PERLIS pula, sebanyak 439 atau 9.53 peratus daripada 4,607 calon UPSR di negeri ini mencatat pencapaian cemerlang dengan memperolehi 5A dan 7A.

Pengarah Pelajaran Perlis, Mansor Lat berkata, pencapaian itu menunjukkan peningkatan sebanyak 0.79 peratus berbanding 8.74 peratus pada tahun lalu.

Menurutnya, lima daripada 73 buah sekolah di Perlis telah mencatat pencapaian peratus kecemerlangan lebih 20 peratus iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Seri Indera, Sekolah Kebangsaan (SK) Paya, SK Sena, SK Kayang dan SRK Putra.

Di NEGERI SEMBILAN, Jabatan Pendidikan Negeri Negeri Sembilan akan menyiasat punca kemerosotan peratus pencapaian subjek Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah kebangsaan di negeri itu.

"Kemerosotan hanya berlaku pada tahap 2.5 peratus (sekolah kebangsaan) dan 1.7 peratus (sekolah jenis kebangsaan) untuk bahasa Inggeris dan keadaan ini masih lagi terkawal," kata Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan negeri Jamali Salam pada sidang media.

Secara keseluruhan, katanya Negeri Sembilan masih mencatatkan keputusan cemerlang di mana seramai 2,343 calon mendapat keputusan penuh 5A atau 7A dan berada di kalangan negeri yang terbaik dalam pencapaian UPSR kali ini.

JOHOR mencatatkan keputusan UPSR yang lebih baik pada tahun ini apabila 6,283 atau 10.13 peratus daripada 62,401 calon yang menduduki peperiksaan itu mendapat Gred A dalam semua mata pelajaran.

Pengarah Jabatan Pelajaran Johor Sufa'at Tumin yang mengumumkan keputusan peperiksaan itu berkata daripada jumlah itu, 4,246 (10.64 peratus) adalah calon Sekolah Kebangsaan; 1,881 (9.47 peratus) adalah calon Sekolah Jenis Kebangsaan Cina manakala 156 (6.97 peratus) adalah calon Sekolah Kebangsaan Tamil.

Ia menunjukkan peningkatan berbanding pencapaian 9.64 peratus atau 5,987 calon pada 2008 dan 8.64 peratus atau 5,265 calon pada 2007, katanya

Di KEDAH, peratusan calon yang memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran UPSR meningkat kepada 9.36 peratus (3,742 calon) berbanding 8.69 peratus (3,482 calon) pada tahun lepas.

Pengarah Pelajaran Negeri, Shahidan Abd Rahman berkata, bilangan calon yang berjaya menguasai tahap minimum bagi semua mata pelajaran juga meningkat berbanding tahun lepas.

"Jumlah calon yang lulus semua mata pelajaran meningkat sebanyak 1.53 peratus pada tahun ini, iaitu 25,344 calon (63.37 peratus) berbanding 24,775 calon (61.84 peratus) pada tahun lepas," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata Gred Purata Negeri (GPN) juga meningkat kepada 2.359 berbanding 2.417 pada tahun 2008.

Di PULAU PINANG, daripada 26,259 calon yang menduduki UPSR tahun ini, 17,638 calon mencatatkan keputusan lulus semua subjek.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Ibrahim Mohamad berkata jumlah calon yang lulus gred A bagi semua subjek ialah sebanyak 3,177 manakala dua sekolah yang berjaya mencatatkan lulus 100 peratus ialah Sekolah Model Khas Tok Jaya di Butterworth dan SJKC Kuang Yu di Kepala Batas.

Sekolah Kebangsaan Batu Lanchang muncul sekolah terbaik di negeri ini dengan 70 pelajar mendapat 5A, katanya pada sidang media.

Di MELAKA, seramai 10,087 calon (66.41 peratus) daripada 15,187 calon yang menduduki UPSR tahun ini telah mencapai penguasaan minimum gred A, B dan C bagi semua mata pelajaran.

Pengarah Pelajaran Melaka, Isa Abu berkata daripada segi kecemerlangan seramai 1,411 calon (9.29 peratus) mendapat A bagi semua mata pelajaran (5A/7A).

"Mengenai tahap literasi murid di Melaka, saya ingin memaklumkan bahawa daripada 15,187 calon yang menduduki peperiksaan UPSR 2009, seramai 14,826 calon telah mencapai sekurang-kurangnya satu gred C iaitu telah mencapai tahap literasi," katanya.

Di SABAH, sebanyak 9ll calon merekodkan pencapaian cemerlang gred 5A bagi semua subjek yang mencatatkan penurunan berbanding 995 calon pada tahun lepas.

Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan negeri Sabah Md Nor Md Sharif berkata Sekolah St Francis Convent, Kota Kinabalu muncul sekolah terbaik dengan 41 calon mendapat 5A diikuti Sekolah Yuk Chin di Tawau dengan 29 calon.

"Antara sekolah-sekolah lain yang mempunyai rekod cemerlang adalah SK St. Agnes, Kota Kinabalu iaitu seramai 30 calon, SK. St Monica, Sandakan sebanyak 27 calon seterusnya SK St. Patrick, Tawau iaitu 26 calon," katanya.

BERNAMA

Read More “KEPUTUSAN UPSR 2009”  »»

KEPUTUSAN PENGHAKIMAN YANG PUNYA BANYAK IMPLIKASI (DWIBAHASA)

Seksyen 30(3)(a) Akta SPRM 2009 tidak memberi kuasa kepada suruhanjaya itu untuk menjalankan penyiasatan terhadap seseorang saksi sepanjang hari dan malam.

Karpal Singh berkata keputusan itu bukan saja terpakai bagi SPRM, tetapi juga bagi penyiasatan yang dilakukan oleh polis.

SPRM Tiada Hak Soal Siasat Saksi Selepas Waktu Pejabat


KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini tidak boleh lagi menyoal siasat saksi hingga ke malam berikutan keputusan Mahkamah Tinggi di sini Khamis bahawa soal siasat hanya boleh dilakukan pada waktu pejabat iaitu dari pukul 8.30 pagi hingga 5 petang.

Dalam penghakimannya, Hakim Mohd Ariff Md Yusof memutuskan bahawa Seksyen 30(3)(a) Akta SPRM 2009 tidak memberi kuasa kepada suruhanjaya itu untuk menjalankan penyiasatan terhadap seseorang saksi sepanjang hari dan malam.

"Frasa 'hari ke hari' dalam seksyen berkenaan bukan bermaksud 24 jam, tetapi waktu bekerja biasa," kata Mohd Ariff dalam keputusan bersejarah itu yang disampaikan pada pukul 2.50 petang.

Ketika membenarkan semakan semula kehakiman yang dipohon oleh anggota Majlis Perbandaran Kajang Tan Boon Wah, Mohd Ariff berkata: "Oleh itu saya bersetuju bahawa dalam kes ini, pemohon telah ditahan secara tidak sah oleh SPRM."

Tan, 39, menyaman ketua pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, penolong penguasa SPRM Mohammad Hassan Zulkifli dan SPRM kerana mendakwa penahanan dan soal siasat yang dilakukan terhadapnya selama 16 jam sehari oleh SPRM, menyalahi undang-undang dan menyebabkan beliau mengalami kerugian serta kesan buruk.

Dalam permohonan mendapatkan semakan semula kehakiman yang difailnya pada 22 Julai, Tan meminta mahkamah mengisytiharkan bahawa defendan, yang menjalankan penyiasatan mengikut Seksyen 30(3)(a) Akta SPRM 2009, hanya boleh merekodkan kenyataannya sebagai saksi pada waktu pejabat iaitu dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Tan adalah antara beberapa orang yang dipanggil SPRM untuk memberi kenyataan dalam penyiasatan berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam peruntukan kerajaan Selangor.

Mahkamah itu juga memutuskan bahawa Tan perlu dibayar ganti rugi kerana beliau ditahan secara tidak sah oleh SPRM dari pukul 9.45 malam pada 15 Julai, 2009 hingga 2.53 pagi keesokan harinya dan memerintahkan defendan membayar kos kepada anggota majlis perbandaran itu.

Dalam penghakimannya, Hakim Mohd Ariff berkata frasa "hari ke hari" dalam seksyen berkenaan adalah samar kerana ia tidak dijelaskan dengan sewajarnya dalam akta itu.

Kata beliau tafsiran yang sewajarnya perlu dibuat terhadap frasa itu bagi mengelak kekaburan kerana ia memberi kesan terhadap kebebasan asasi seseorang yang dijamin oleh Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.

"Frasa "hari ke hari" bukan bererti dari siang ke malam. Seksyen 30 tidak boleh ditafsir begitu, kerana jika ini dilakukan, ia bertentangan dengan tujuan penggubal undang-undang dan akan mengekang kebebasan peribadi seseorang," kata hakim itu.

Beliau berkata sebarang peruntukan berkanun yang menjejaskan kebebasan asasi perlu dibaca dengan sewajarnya dan diberi ruang yang seluas-luasnya.

Mohamad Ariff berkata beliau akan memberi penghakiman bertulis minggu depan.

Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Tan berkata beliau berasa lega dan gembira dengan keputusan mahkamah itu.

Sementara itu, Karpal Singh, peguam bela utama yang mewakili Tan berkata keputusan itu bukan saja terpakai bagi SPRM, tetapi juga bagi penyiasatan yang dilakukan oleh polis.

Beliau menggesa mereka yang pernah disoal siasat oleh SPRM selepas waktu pejabat supaya menyaman suruhanjaya itu.

Ditanya sama ada defendan akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu, Peguam Kanan Persekutuan Noorin Badaruddin berkata beliau menunggu arahan tentang langkah seterusnya yang perlu diambil.

-- BERNAMA

===================================================================

Court rules MACC cannot question witnesses overnight

KUALA LUMPUR (Nov 19, 2009) : The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) can no longer question witnesses overnight. The High Court ruled today that this can be done only during office hours from 8.30am to 5pm.

Justice Mohd Ariff Md Yusof in his landmark decision held that section 30(3)(a) of the MACC Act does not give power to the MACC to conduct investigations on a witness "around-the-clock".

"The phrase 'day-to-day' in the section cannot mean 24 hours but normal working hours," Mohd Ariff said.

"Therefore, I agree that the applicant in this case had been unlawfully detained by the MACC," he said in allowing a judicial review filed by Kajang municipal councillor Tan Boon Wah.

Tan, 39, sued MACC chief commissioner Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, MACC assistant superintendent Mohammad Hassan Zulkifli and the MACC, claiming that his detention and questioning for 16 hours overnight by the MACC was unlawful, and had resulted in him suffering losses and damage.

In his application filed on July 22, Tan asked the court to declare that the defendants, who were carrying out investigations under section 30(3)(a) of the MACC Act, could record his statements as a witness only during office hours from 8.30am to 5.30pm.

Tan was one of several people who were called up by the MACC to give statements concerning investigations on alleged misappropriation of Selangor government allocations.

The court also granted Tan damages for the unlawful detention by the MACC from 9.45pm on July 15 to 2.53am the next day and ordered the defendants to pay him costs.

In the court's decision, Mohd Ariff said the phrase "day-to-day" in the section raised ambiguity as it is not defined properly in the act.

However, he said, a proper interpretation must be given to avoid absurd results as it affected a person's fundamental liberties as guaranteed under Article 5 of the Federal Constitution.

"The phrase 'day-to-day' cannot mean 'around the clock'. Section 30 cannot be interpreted that way, to do so will offend the intention of the legislature and will curtail the ambit of personal liberty," said the judge.

He stressed that any statutory provision affecting fundamental liberties must be read properly and be given the widest room.

He said the written judgment would be delivered next week.

Outside the court, Tan said he was relieved and happy with the ruling.

His leading counsel Karpal Singh said the decision was not only binding on the MACC but also affected every police investigation. He also urged people who had been interrogated by the MACC after office hours to sue the commission.
Asked if the defendants would appeal the decision, Senior Federal Counsel Noorin Badaruddin said she would get further instructions on the next step.

Bernama

Read More “KEPUTUSAN PENGHAKIMAN YANG PUNYA BANYAK IMPLIKASI (DWIBAHASA)”  »»

pautan lain

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

SORRY. BY THE WAY, JUST IN CASE....Download Quran, Hadeeth dan lain-lain

 

x

Photobucket

View My Stats

Followers

e


Sila Muat Turun Risalah Penerangan berkaitan Isu Rampasan Kuasa BN di Perak

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH

EARTHQUAKE & TSUNAMI

USGS M2.5+ Earthquakes

Anda Tak Nak Berhenti Merokok!!!!!!

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Recent Comment

Tukaran Wang Asing

Smokers' RIP Calculator

L1

doa

doa

makna doa

makna doa