Pray For MH370

Pray For MH370

Aktiiviti Exco Pendidikan pada 25/09/08: Meninjau Kerosakan Bencana Ribut Sabak Bernam

Bersama Ustaz Sallehen Mukhyi dan para petugas, satu tinjauan ke lokasi berlakunya ribut di Sabak Bernam telah dilakukan.


Read More “Aktiiviti Exco Pendidikan pada 25/09/08: Meninjau Kerosakan Bencana Ribut Sabak Bernam”  »»

Aktiviti Exco Modal Insan pada 25/09/08: Mengiringi MB Selangor pada Majlis Penyampaian Sumbangan Bencana Ribut Sabak

Bertempat di Kampus Yayasan Selangor Began Terap, satu Majlis Penyampaian Sumbangan Bencana Ribut Daerah Sabak Bernam telak berlangsung pada 25hb September 2008 dan telah disempurnakan oleh YAB MB Selangor.




Read More “Aktiviti Exco Modal Insan pada 25/09/08: Mengiringi MB Selangor pada Majlis Penyampaian Sumbangan Bencana Ribut Sabak”  »»

Aktiviti ADUN Selat Klang pada 24/09/08: Menziarahi Kejadian Kebakaran di Sungai Udang

Satu lagi musibah menimpa penduduk Kg Sg Udang apabila 4 buah pintu rumah teres hangus dijilat api pada kira-kira pukul 11-00 pagi hari rabu 24hb september 2008. Punca kebakaran sedang disiasat dan jumlah kerugian belum dikenalpasti.


Read More “Aktiviti ADUN Selat Klang pada 24/09/08: Menziarahi Kejadian Kebakaran di Sungai Udang”  »»

Aktiviti ADUN Selat Klang pada 23/09/08: Majlis Penyampaian Sumbangan Anjuran cawangan PAS Delek Tengah


Majlis telah diadakan di Markaz PAS cawangan Delek Tengah. Turut serta meraikan Majlis ialah Tok Ketua Kampung Kg Delek, Tn Hj Shamsul Bahari

Read More “Aktiviti ADUN Selat Klang pada 23/09/08: Majlis Penyampaian Sumbangan Anjuran cawangan PAS Delek Tengah”  »»

Aktiviti Exco pendidikan pada 23/09/08: Menghadhiri Mesyuarat MTES

Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi negeri Selangor telah diadakan dan Exco Pendidikan telah dijemput menghadiri mesyuarat tersebut.




Read More “Aktiviti Exco pendidikan pada 23/09/08: Menghadhiri Mesyuarat MTES”  »»

Aktiviti Exco Pendidikan pada 22/09/08: Menghadhiri Majlis Berbuka Puasa bersama MB dan Mahasisiwa Selangor


Majlis di atas telah diadakan di Kediaman YAB Dato' MB Selangor. Wakil-wakil perasatuan Mahasiswa Selangor serta Majlis Perwakilan Pelajar telah menerima sumbangan dari kerajaan Selangor.

Read More “Aktiviti Exco Pendidikan pada 22/09/08: Menghadhiri Majlis Berbuka Puasa bersama MB dan Mahasisiwa Selangor”  »»

Aktiviti Exco Modal Insan pada 22/09/08: Perbincangan bersama Rektor KUIS

Satu sesi perbincangan antara Exco dan Pembantu Exco Modal Insan bersama Rektor KUIS telah diadakan di KUIS Bangi.

Read More “Aktiviti Exco Modal Insan pada 22/09/08: Perbincangan bersama Rektor KUIS”  »»

PROFIL PROFESIONAL HAFIZ AL QURAN

Pada kesempatan ini, suka saya menonjolkan profil tiga orang profesional huffaz (atau bakal profesional) yang telah dianugerahkan keupayaan menghafaz 30 juzuk Al Quran. Dalam masyarakat kita mungkin terdapat ramai lagi profesional Huffaz tetapi saya hanya mengenali tiga orang sahaja. Semoga mereka dapat menjadi suri teladan kepada generasi muda.

Mereka ialah insan hebat Dr Hj Mohd Shafie, seorang akauntan bertauliah yang berjaya memformulasikan teknik hafazan sehingga 4 orang anak beliau juga huffaz serta menjadi johan Hafazan peringkat kebangsaan.

Individu kedua ialah Sdr Hafiz Abdur Rahman, seorang pelajar perubatan tahun ketiga di Universiti Cairo yang telah berjaya setakat ini mendapat dua syahadah SANAD dan QIRAAT semasa mengikuti kuliah perubatan di Mesir.

Individu ketiga ialah Sdr Zubir Abdur Rahim, yang sangat aktif dalam bidang kokurikulum sekolah kini sedang menuntut di Kolej Mara Banting kursus IB bagi mengikuti ijazah perubatan luar negara.



1. DR HJ MOHD SHAFIE

Dr. Hj Mohd Shafie Md Amin
Yg. Bhg. Dr. Hj Mohd Shafie bin
Hj Md Amin Al-Muqri'

Profil Peribadi

Anak sulung dari tiga orang adik beradik. Berasal dari Melaka dan dilahirkan pada 28 April 1963. Mempunyai 13 orang anak.

Pendidikan awal di Masjid Tanah English School, Melaka. Kemudian menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Datuk Abdul Razak, Seremban. Seterusnya menyambung pengajian tinggi di London School of Accountancy, United Kingdom dan kembali semula ke tanah air dengan kelulusan ACCA (Association Chartered of Certified Accountant).

Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai akauntan di beberapa buah firma. Di samping itu bertugas sebagai pensyarah sambilan di UKM dan UiTM.

Usaha menghafaz Al-Quran yang beliau lakukan bukanlah sejak kecil. Ia bermula ketika beliau sedang menuntut di London. Akhirnya beliau berjaya menghafaz 30 juzuk ketika berumur 30 tahun. Antara guru-guru talaqqinya dalam hafazan ialah Ustaz Asmungi Al-Hafiz, Ustaz Muhammad Jim Al-Hafiz dari Mali, Afrika dan Ustaz Abdul Rauf Al-Hafiz dari Al-Azhar, Mesir. Manakala dalam bidang ilmu tajwid, beliau berguru dengan Y.Bhg Dato’ Haji Hassan Azhari.

Melalui pengalaman yang dilaluinya, beliau telah merekabentuk satu sistem hafazan yang dinamakan Al-Huffaz bagi membantu sesiapa sahaja yang berminat menghafaz Al-Quran, baik kanak-kanak mahupun dewasa, dari kalangan yang sedang bekerja atau bersara, sama ada telah mengenal Al-Quran atau masih belum dapat membaca.

Latar Belakang Pendidikan Penceramah:

  • PhD. Contemporary Islamic Thought ( H.S – USA )
  • ACCA (London School of Accountancy UK)
  • Diploma Pengajian Usulluddin (UM)
  • Syahadah Tahfiz al-Quran (Mal – Msr)



Koleksi buku teknik Hafazan yang telah dihasilkan setakat ini di SINI [.]

Kursus yang dikendalikan oleh Dr Shafie di SANA SINI [..]

2.SAUDARA HAFIZ ABDUR RAHMAN BIN AHMAD




3.SAUDARA ZUBIR ABDUR RAHIM BIN AHMAD


Read More “PROFIL PROFESIONAL HAFIZ AL QURAN”  »»

SAMAN RM300 UNTUK 6 JENIS KESALAHAN LALULINTAS

ENAM JENIS kesalahan yang MEMBAWA SAMAN / KOMPAUN RM300 SETIAP SATU iaitu

$ memandu melebihi had laju (semua had laju dikurangkan sebanyak 10km/jam),

$ terbabit dalam kemalangan jalan raya,

$ melanggar lampu isyarat merah,

$ memotong di garisan berkembar,

$ memotong barisan,

$ menggunakan lorong kecemasan.

Datuk Hamza Taib


6 kesalahan trafik kena saman RM300


Ifwan Tun Tuah
ifwan@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Saman maksimum RM300 akan dikenakan terhadap pemandu yang melakukan enam kesalahan trafik serius sepanjang 15 hari Ops Sikap XVII sempena Aidilfitri, bermula Rabu ini.

Enam kesalahan yang dikategorikan serius itu ialah memandu melebihi had laju, terbabit dalam kemalangan jalan raya, melanggar lampu isyarat merah, memotong di garisan berkembar, memotong barisan dan menggunakan lorong kecemasan.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Hamza Taib, berkata polis tidak akan bertolak ansur terhadap pemandu yang terbabit melakukan enam kesalahan itu dan jumlah kompaun terbabit juga tidak akan dikurangkan.

"Kita mengenakan kompaun maksimum itu untuk menimbulkan perasaan takut disaman, selain mendidik pemandu supaya mematuhi undang-undang sekali gus mengelakkan kemalangan," katanya pada sidang media di sini semalam.

Hamza berkata demikian sebelum majlis serah terima tugas jawatan yang disandangnya itu kepada Senior Asisten Komisioner II Abdul Aziz Yosof.

Pada majlis sama, Abdul Aziz turut menerima timbalannya yang baru, Asisten Komisioner Muhd Fuad Abdul Latiff yang menggantikan Asisten Komisioner OK Jalil Othman. Hamza dilantik Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak berkuat kuasa 20 Ogos lalu.

Majlis penyerahan tugas itu disaksikan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Hussin Ismail.

Sasaran polis dalam Ops Sikap kali ini ialah untuk menurunkan kadar kemalangan maut sebanyak lima peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Sebanyak 203 kemalangan maut mengorbankan 225 nyawa dilaporkan sepanjang Ops Sikap sempena Aidilfitri tahun lalu.

Hamza juga mengumumkan had laju di semua jalan Persekutuan dan negeri dikurangkan 10 kilometer sejam (km/j) kepada 80km/j selama 18 hari bermula Khamis ini bagi mengurangkan kadar kemalangan.

Mengulas lanjut mengenai Ops Sikap XVII, beliau berkata pendekatan kali ini berbentuk strategi kreatif iaitu nasihat, menyampaikan maklumat mengenai waktu sesuai untuk memulakan perjalanan, menambah kamera had laju, memberi fokus pada kawasan berisiko tinggi kemalangan dan menambah papan tanda.

"Kita memberi tumpuan kepada 346 sektor, termasuk 28 daerah di seluruh negara yang dikenal pasti sebagai kawasan risiko kemalangan maut dengan menambah rondaan dan penguatkuasaan," katanya.

Beliau berkata, buat pertama kali pihaknya akan bekerjasama dengan media termasuk rangkaian radio Astro, Hot FM, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan TV3 untuk menyalurkan maklumat mengenai aliran trafik di seluruh negara bagi memudahkan pengguna jalan raya merancang perjalanan.

Beberapa kaedah yang digunakan dalam Ops Sikap sebelum ini dan didapati berkesan seperti penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) dan penyamaran anggota menyamar di dalam bas ekspres akan diteruskan.

Turut disediakan talian bebas tol 1-800-88-2677 bagi membolehkan pegawai kerajaan Kumpulan A menyalurkan maklumat kesalahan lalu lintas.

Read More “SAMAN RM300 UNTUK 6 JENIS KESALAHAN LALULINTAS”  »»

Aktiviti Exco Pendidikan pada 21/09/08: Merasmikan Majlis Sambutan hari Huffaz Negeri Selangor Kali ke 2



Majlis yang berlangsung di Masjid Negeri Shah Alam telah dianjurkan oleh Persatuan Institusi Tahfiz Al Quran Negeri Selangor (PITAS) yang bertemakan "HUFFAZ CENDIKIAWAN UMMAH GEMILANG"(Profesional Huffaz Ummah gemilang). Majlis telah dihadhiri oleh lebih seribu pelajar Tahfiz dan seramai 400 para Huffaz negeri Selangor telah mengambil bahagian dalam Halaqah Hafazan.

Pengarah Majlis Sambutan HDR Hj Sahril Hj Sartu sedang berucap


Exco Pendidikan sedang berucap yang antara lain menekankan aspek pemahaman serta penghayatan Al Quran ( Al Baqarah :44) dan Ali Imran :110.

Para pelajar Tahfiz yang membanjiri Dewan Masjid SSAAS Shah Alam

Ustaz Hj Abdul Muhaimin Hj Mohd Sahar al Muqri sedang menerima Anugerah TOKOH HUFFAZ


Tokoh Huffaz sedang menyampaikan ucapan




Penerima anugerah Tokoh Khas Hamlah Al Quran ialah Dato' Hj Hassan Hj Azhari (wakil sedang menerima bagi pihak beliau). Manakala Tokoh Pendokong Institusi Tahfiz dianugerahkan kepada Ust Hj Nor Hamim Hj Jailani Al Muqri.

Read More “Aktiviti Exco Pendidikan pada 21/09/08: Merasmikan Majlis Sambutan hari Huffaz Negeri Selangor Kali ke 2”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com