Pray For MH370

Pray For MH370

SAMAN RM300 UNTUK 6 JENIS KESALAHAN LALULINTAS

ENAM JENIS kesalahan yang MEMBAWA SAMAN / KOMPAUN RM300 SETIAP SATU iaitu

$ memandu melebihi had laju (semua had laju dikurangkan sebanyak 10km/jam),

$ terbabit dalam kemalangan jalan raya,

$ melanggar lampu isyarat merah,

$ memotong di garisan berkembar,

$ memotong barisan,

$ menggunakan lorong kecemasan.

Datuk Hamza Taib


6 kesalahan trafik kena saman RM300


Ifwan Tun Tuah
ifwan@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Saman maksimum RM300 akan dikenakan terhadap pemandu yang melakukan enam kesalahan trafik serius sepanjang 15 hari Ops Sikap XVII sempena Aidilfitri, bermula Rabu ini.

Enam kesalahan yang dikategorikan serius itu ialah memandu melebihi had laju, terbabit dalam kemalangan jalan raya, melanggar lampu isyarat merah, memotong di garisan berkembar, memotong barisan dan menggunakan lorong kecemasan.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Hamza Taib, berkata polis tidak akan bertolak ansur terhadap pemandu yang terbabit melakukan enam kesalahan itu dan jumlah kompaun terbabit juga tidak akan dikurangkan.

"Kita mengenakan kompaun maksimum itu untuk menimbulkan perasaan takut disaman, selain mendidik pemandu supaya mematuhi undang-undang sekali gus mengelakkan kemalangan," katanya pada sidang media di sini semalam.

Hamza berkata demikian sebelum majlis serah terima tugas jawatan yang disandangnya itu kepada Senior Asisten Komisioner II Abdul Aziz Yosof.

Pada majlis sama, Abdul Aziz turut menerima timbalannya yang baru, Asisten Komisioner Muhd Fuad Abdul Latiff yang menggantikan Asisten Komisioner OK Jalil Othman. Hamza dilantik Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak berkuat kuasa 20 Ogos lalu.

Majlis penyerahan tugas itu disaksikan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Hussin Ismail.

Sasaran polis dalam Ops Sikap kali ini ialah untuk menurunkan kadar kemalangan maut sebanyak lima peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Sebanyak 203 kemalangan maut mengorbankan 225 nyawa dilaporkan sepanjang Ops Sikap sempena Aidilfitri tahun lalu.

Hamza juga mengumumkan had laju di semua jalan Persekutuan dan negeri dikurangkan 10 kilometer sejam (km/j) kepada 80km/j selama 18 hari bermula Khamis ini bagi mengurangkan kadar kemalangan.

Mengulas lanjut mengenai Ops Sikap XVII, beliau berkata pendekatan kali ini berbentuk strategi kreatif iaitu nasihat, menyampaikan maklumat mengenai waktu sesuai untuk memulakan perjalanan, menambah kamera had laju, memberi fokus pada kawasan berisiko tinggi kemalangan dan menambah papan tanda.

"Kita memberi tumpuan kepada 346 sektor, termasuk 28 daerah di seluruh negara yang dikenal pasti sebagai kawasan risiko kemalangan maut dengan menambah rondaan dan penguatkuasaan," katanya.

Beliau berkata, buat pertama kali pihaknya akan bekerjasama dengan media termasuk rangkaian radio Astro, Hot FM, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan TV3 untuk menyalurkan maklumat mengenai aliran trafik di seluruh negara bagi memudahkan pengguna jalan raya merancang perjalanan.

Beberapa kaedah yang digunakan dalam Ops Sikap sebelum ini dan didapati berkesan seperti penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) dan penyamaran anggota menyamar di dalam bas ekspres akan diteruskan.

Turut disediakan talian bebas tol 1-800-88-2677 bagi membolehkan pegawai kerajaan Kumpulan A menyalurkan maklumat kesalahan lalu lintas.

Comments :

0 comments to “SAMAN RM300 UNTUK 6 JENIS KESALAHAN LALULINTAS”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com